its been a while...

salam...

lama dah tak update fotoblog ni..been busy with other works and stuffs...macam-macam halangan dan rintangan yang melanda diri..ada banyak artwork terbaru, tapi masih belum ada kesempatan untuk post processing tambahan dengan kerosakan 'work station' terus menyukarkan lagi proses penghasilan artwork terbaru..

sekarang ni aku dalam tempoh 'meluruskan' hidup kembali, megumpul idea-idea terbaru dan sebolehnya lain dari yang lain..dalam masa yang sama, hati ini semakin memberontak untuk melengkapkan kembali senjata fotografi ku yg hilang dan rosak, tapi memandangkan modal yang tidak mencukupi, aku redha dan bersyukur dengan apa yang ada...tapi aku akan pastikan apa yang di idamkan akan menjadi kenyataan...

dah hampir sebulan aku menggunakan senjata yang baru (D200), masih lagi dalam proses penyesuaian..senjata yang lama tidak akan ku lupakan jasanya, malah masih tersimpan rapi cuma menunggu masa untuk di bela semula..walaupun kenjata aku agak minimal, tapi insya Allah aku akan cuba untuk menghasilkan produk yang terbaik dan lebih terbaik dari dulu..

walau bermacam masalah yang menimpa, cita-cita dan kesungguhan aku tidak akan pudar walau sedikitpun..semua itu aku anggap sebagai pengalaman yang akan mengajar aku untuk pergi lebih jauh dari sekarang..dah bermacam pengorbanan aku lakukan hanya untuk jadi yang terbaik..kesabaran ku tiada tandingannya...

terima kasih buat semua yang memahami, menyokong dan mengikuti perkembangan hasil seni ku, walau tidak seramai mana..tapi tanpa anda semua, aku tidak akan kemana...

perkembangan terbaru :

buat masa ini, aku sdang merangka beberapa projek dan aktiviti...yang utama sekali adalah 'mini art directing in photography and the art of modeling photography'...insya allah kalau tiada apa-apa aral melintang, maka dalam bulan jun akan berlangsunglah mini workshop ni...

aku akan pastikan kelainan dan kepuasan untuk setiap participants...kepada yang berminat, nantikan update nya di muka-muka forum yang akan mengambil bahagian..insya Allah dalam masa 2 minggu lagi aku akan kemukakan segalanya...

sekian, wassallam....

1 comment:

  1. hulamakk.. abam, nanti kalau dah nak start mini wsh0p tu, bgtau ek.. saya jadi tukang pegang tiang pun jadik laa..

    ReplyDelete